Dapril Music Studio

SEJARAH & LATAR BELAKANG
Home
SEJARAH & LATAR BELAKANG
KELAS MUZIK
TEMPAHAN PERSEMBAHAN
STUDIO MUZIK
PEKEJ PERSEMBAHAN LIVE

dapril_history.gif

SEJARAH & LATAR BELAKANG

mvc-027s.jpg

Kumpulan muzik ini di asaskan oleh pengurusnya iaitu Raja Aziz yang merupakan bekas penyunting di RTM pada tahun 70 ‘an dan terlibat dengan muzik lebih dari 30 tahun.

Kini menubuhkan kumpulan muzik yang bernama DAPRIL dengan mendidik anak-anak bermain alat muzik .

Ahli-ahli lain dalam kugiran tersebut terdiri dari anak beliau Burn pemain bass gitar, Ron bermain keyboard , Boy bermain drum , penyanyi Azie dan Wan Razak adalah recording artis dan Raja Aziz bermain gitar utama.

tokmat.jpg

Beliau juga berpengalaman mengurus studionya sendiri iaitu AZIZ MUZIK STUDIO tahun 80’an dan RA MUZIK STUDIO tahun 90’an. Kini beliau mempunyai studio jamming dan rekordingnya sendiri di Lot 589 Batu 15 ½ Dusun Tua 43100 Hulu Langat Selangor Darul Ehsan Malaysia.

Kumpulan ini juga pernah dibimbing oleh Profesor Bapak Suhaimi Nasution dari Indonesia yang mempunyai pengalaman luas dalam industri muzik ini.

mvc-018s.jpg

Kebolehan beliau mengajar di dalam bidang muzik dan vocal dan mengurus individu dan artis ketika zaman kemuncaknya era 80’an. Pernah bermain bersama Allahyarham Hamzah Dolmat di istana-istana dan parlimen dan mengiringi artis seperti Aspallela Abdullah, Allahyarham Abdullah Chik dan lain-lainnya.

Beliau juga berpengalaman mengendalikan pelbagai event muzik dan sukan seperti Pertandingan Nyanyian dan Karaoke , Acara Konsert di Dataran Merdeka sempena menyambut kepulangan Wira Everest dan lain-lain lagi.

Merupakan Juara pertandingan Kugiran Juara Blast 2006 di Shah Alam dan Rentak Juara peringkat Negeri Johor.

wan_razak.jpg

LEBIH BANYAK GAMBAR - KLIK SINI!

back_home_tripod.gif

DAPRIL MUSIC STUDIO

DAPRIL MUSIC STUDIO * MALAYSIA * +60169818728