Kumpulan muzik ini di asaskan oleh pengurusnya
iaitu Raja Aziz yang merupakan bekas penyunting di RTM pada tahun 70 ‘an dan terlibat dengan muzik lebih dari 30 tahun.
Kini menubuhkan kumpulan muzik yang bernama DAPRIL
dengan mendidik anak-anak bermain alat muzik .
Ahli-ahli lain dalam kugiran tersebut terdiri dari
anak beliau Burn pemain bass gitar, Ron bermain keyboard , Boy bermain drum , penyanyi Azie dan Wan Razak adalah recording
artis dan Raja Aziz bermain gitar utama.
Beliau juga berpengalaman mengurus studionya sendiri
iaitu AZIZ MUZIK STUDIO tahun 80’an dan RA MUZIK STUDIO tahun 90’an. Kini beliau mempunyai studio jamming dan
rekordingnya sendiri di Lot 589 Batu 15 ½ Dusun Tua 43100 Hulu Langat Selangor Darul Ehsan Malaysia.
Kumpulan ini juga pernah dibimbing oleh Profesor
Bapak Suhaimi Nasution dari Indonesia yang mempunyai pengalaman luas dalam industri muzik ini.

Kebolehan beliau mengajar di dalam bidang muzik
dan vocal dan mengurus individu dan artis ketika zaman kemuncaknya era 80’an. Pernah bermain bersama Allahyarham Hamzah
Dolmat di istana-istana dan parlimen dan mengiringi artis seperti Aspallela Abdullah, Allahyarham Abdullah Chik dan lain-lainnya.
Beliau juga berpengalaman mengendalikan pelbagai
event muzik dan sukan seperti Pertandingan Nyanyian dan Karaoke , Acara Konsert di Dataran Merdeka sempena menyambut kepulangan
Wira Everest dan lain-lain lagi.
Merupakan Juara pertandingan Kugiran Juara Blast
2006 di Shah Alam dan Rentak Juara peringkat Negeri Johor.
|